Selamat Hari Raya AidilAdha


Assalamualaikum semua

Selamat Hari Raya Aidiladha zati ucapkan pada semua. Agak lama tak update blog ni. Zati busy sikit sekarang sebab dah start berniaga balik. Memang takda masa sangat nak berblog ni hihi.. Handphone pon tak sempat nak pegang dah..

Zati start niaga 14 haribulan haritu. Alhamdulillah lah rezeki kat situ. Hari hari juga lah habis satay hehe. Boleh lah buat tambah-tambah duit gaji suami. Tapi tu lah bila berniaga satay ni memang masa tu limited sangat! Pagi-pagi dah pi beli barang, balik je start dah potong semua, masak kuah, cucuk satay lagi. Zati buat semua sorang. Suami siang kerja. Penat tu memang lah penat, tapi nak buat macam mana kan kita nak cari rezeki. Sekarang pun zati nak cari sorang pekerja. Tapi tu lah diorang nak gaji mahal hehe. Sebab nya kerja senang je. cuma hanta satay yang siap dibakar je. Zati bagi RM5 sejam pun ramai yang tak nak. Tak tahu lah nak bagi gaji berapa..

So sekarang ni zati ngan suami lah yang uruskan semua nya. Dahtu pulak, kereta pulak rosak.. Haihh, dugaan betul! Berangkut lah kami laki bini naik motor dengan bawak periuk belanga tu hahaha. Demi mencari sesuap nasi hehe. Susah dulu senang kemudian hehe.

Zati ingat nak buat satu giveaway ni. Nak share rezeki. Siapa nak jadi penaja lagi boleh contact zati. Boleh cari kat bahagian contact menu tu. Zati ingat nak start GA bulan 9 ni. 

Huisshh panjang dah merepek ni hehe. Suami cakap buat karangan ke haha. Zati nak buat banner ni untuk niaga ni. Okey guys.. If ada yang nak jadi sponsor untuk GA zati nanti boleh contact zati ye.

3 Comments

  1. Assalamualaikum Zati..! :)

    Alhamdulillah Zati atas kejayaan berniaga. Syaza doakan Zati berjaya hingga akhirnya. Goodluck.

    Dan SELAMAT HARI RAYA buat Zati sekeluarga :)

    ReplyDelete