Durian oh Durian! Tips Memilih Durian


Assalamualaikum

Sekarang ni bila zati buka facebook je, penuh kat wall tu update pasal durian. Alahai terliur tau! Ni salah satu buah yang paling zati minat. Kalau betul-betul sedap , 3 biji pon sekali zati boleh hadap hahha dashat tak ? 

Sebut pasal durian ni , banyak juga yang kena tipu dengan penjual, cakap isi cantik lah , tapi bila beli dan kupas dekat rumah hmm indah kabar dari rupa. Dah lah durian sekarang ni terlampau mahal! Disebabkan terlampau mahal lah zati tak merasa tau durian ni! Haiih.. sedih haha. Okay zati nak kongsi sikit tips macam mana pilih durian. Ni zati belajar dari arwah tok dulu.

TIPS MEMILIH BUAH DURIAN

1. Bentuk bulat
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang lebih banyak berbanding dengan durian berbentuk lonjong.

2. Berat durian
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau korang tengok ada 2 biji durian yang sama saiz nya, korang pilih yang ringan.

3. Tangkai
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi nya tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai yang kering atau dipotong. Kalau takda tangkai tak payah beli. Kalau korang nak tahu buah durian tu lama ke baru, korang tekan dengan kuku dibahagian tangkai nya. Kalau senang ditekan tu maknanya buah tu baru. Tapi kalau susah makna nya buah lama.

4. Bunyi
Ketuk buah durian tu, dan pilih yang bunyi padat.

5. Duri
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau
Hidu buah durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring
Durian yang berjuring lima paling okay untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring makin kecil isi.

8. Kulit
Pilih durian yang belum dikopek atau merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam tu makna nya isi nya ada yang busuk.

9. Warna
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.

Itu saja tips-tips pilih durian. Harap dapat membantu korang bila korang nak beli durian tu.

15 Comments

  1. wahhh baru tahu makin ringan makin banyak isi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan..selalu kita ingat yg berat banyak isi ^^

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. Leya memang peminat durian... Tapi pun tak pandai gak nak memilih ketika membeli durian. Diserahkan saje pada Encik Suami... ekekeke... Ape pun tak boleh kan.. Tapi nice tips la.. Boleh lah try nanti mase membeli durian nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sama lah dgn zati. malas nak pilih2,kadg2 tu suruh je orang yang jual tu pilihkan.. hehe

      Delete
  4. mak ai.. febret ni.. sini belum musim durian lagi :(

    ReplyDelete
  5. Baru tahuuuu. Selalu tahu makan je haha

    ReplyDelete
  6. nice sharing! sesuai la sy hantu durian ni

    ReplyDelete
  7. Tak minat durian tapi thanks for tips! Boleh tunjuk kat mak abah.

    ReplyDelete
  8. Hai zati, akak singgah follow..")

    ReplyDelete
  9. takpernah beli sendiri hahaha selalu org belikan

    ReplyDelete
  10. Pemenang sudah diumumkan. Sila semak senarai pemenang. Adakah anda yang bertuah??

    http://tarotthefool.blogspot.com/2018/08/pemenang-pemenang-syawalgiveaway-my.html

    ReplyDelete