RESEPI : Simple Chicken Buttermilk

Assalamualaikum



Zati nak share resepi yang mudah nak di masak . Ayam buttermilk . Haritu saje zati masak , menjadi pulak , so zati kongsikan kat sini.

Ni yang zati masak hari tu
Bahan - Bahan :

BAHAN A
- :: Bahan ni untuk goreng ayam :: -
Isi ayam ( ikut korang nak banyak mana , zati beli dah siap peket tu je )
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak untuk goreng ayam

BAHAN B
- :: Bahan ni untuk kuah nya ::-
2 @ 3 sudu buttercup
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah tin susu cair
Daun kari dalam 3 tangkai
Cabai burung merah 4 atau 5 biji ( kalau suka pedas boleh tambah )

Cara - Cara :

1. Gaul kan ayam dengan tepung jagung , tepung gandum , lada hitam dan garam. Gaul sebati dan goreng dalam minyak yang panas.
2. Goreng sampai warna ayam tu kekuningan , Jangan hangus pulak ye!
3. Lepas tu angkat ayam tu dan ketepikan.
4. Letak buttercup tadi dalam kuali , cairkan.
5. Masukkan bawang merah dan bawang putih , tumiskan sampai layu je.
6. Masukkan susu cair , dan biar sampai mendidih.
7. Dah mendidih tu korang masukkan ayam yang korang dah goreng tadi
8. Last sekali masukkan daun kari dan cabai burung tadi.
9. Kemudian korang kacau-kacau je sampai kuah nya pekat.
10. Dah pekat tu dan dah tersalut semua ayam korang tu, boleh lah tutup api dan sedia dihidang.

Simlple kan ?? Memang sedap ! Rasa dia lemak-lemak pedas gitu. Zati syor kan makan dengan roti memang sedap tau! Sebab bagi zai makan dengan nasi macam muak lah. Ataupun ratah je! Husband and adik zati suka ratah je.

Oh ye , selain ayam , korang boleh gantikan dengan udang. Cara masak and bahan sama je!

SELAMAT MENCUBA !

4 Comments

  1. dulu rajin la nak menggaul dengan tepung, sekarang ni dah malas so guna ayam goreng crispy frozen je :P

    ReplyDelete
  2. lama dah x buat ni, zetty.
    aida akan asingkan dulu kuah & ayam.
    anak2 x brape makan kuah nya.
    diorang ratah ayam goreng nyer aje :)

    ReplyDelete