Resepi : Kuah Kacang / Kuah Satay

by - Thursday, June 28, 2018

Assalamualaikum


Bersambung kita dari part Satay tadi . Sekarang zati share kan resepi dan cara masak kuah nya pulak. Simple je. Jom baca.


Bahan - Bahan :

Kacang tanah - anggaran ikut jumlah satay
Air awas (bahan yang dikisar dalam resepi satay)
Udang kering
Buah keras
Gula kabung
Gula pasir
Cili kering - blender
Buah pelaga
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Air
Minyak 
Garam

Cara - Cara :
 
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kan kacang , buah keras dan udang kering hingga masak. 
( kerap kacau sebab takut kacang hangit.Nak tahu kacang dah masak atau belum,tunggu sampai bunyi 'pop pop pop' macam bunyi letup-letup sikit.Tu tanda kacang dah masak )
Angkat dan toskan minyak nya. Biarkan seketika sampai sejuk.
2. Bila dah sejuk , blender kan bahan yang digoreng tadi. Zati pakai blender biase je,bukan blender kering. Letak kacang tadi dalam blender , kemudian letak air lebih sikit dari paras kacang. Blender jangan terlampau halus. Biar ada kasar-kasar sikit.
3. Dalam periuk , letak kan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan gula kabung. Lepastu kacang yang dah dikisar tadi, letak je terus dalam periuk. Guna api sederhana.
4. Masukkan cili kering yan dah dikisar dan garam.
5. Bila gula kabung dah cair, kalau kurang manis boleh tambahkan gula pasir.
6. Kacau sebati dan biarkan mendidih sampai kuah tu keluar minyak.
7. Kalau terlampau pekat boleh tambah air sikit.
8. Kerap kacau sebab takut hangit bahagian bawah. Guna api pelan untuk biarkan kuah sampai terbit minyak. Sebab dalam kuah kita tak letak minyak.


Selamat mencuba!

You May Also Like

2 Comments

  1. terbaek.. nak cuba buat la nanti. hehe

    ReplyDelete
  2. tq sharing.
    raya kali ni first time aida buat kuah kacang.
    boleh la. menjadik lah... kena prektis lagi.
    aida copy ye resepi ni.
    nak cuba tgk tgk mana tau resepi ni menjadik lebih baik, kan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca Entri Zati.
Tinggalkan komen dan Jaga Bahasa Anda Ye :)