TIPS : 10 Peraturan Asas Cara Memberi Makan Kucing Kesayangan Anda

Tuesday, May 01, 2018



Assalamualaikum

Mesti yang ramai ada bela kucing kan ? Termasuklah zati. Memang suka kucing ni, nak pulak bila dia manja tu.. Geram di buat nya!


Tapi kan korang kena tahu asas nak bagi kucing makan ni. Kalau kucing yang kita beli kat pet shop tu zati rasa mungkin kita akan diajar cara-cara nak jaga dia. Yang kucing kampung ni. Kesian dia kalau kita tersalah jaga ke apa.

10 Peraturan Asas Cara Memberi Makan Kucing Kesayangan Anda

1. Memberi kucing anda makan makanan daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik dalam pasaran.

2. Jangan beri kucing anda makan makanan bagi haiwan lain seperti makanan untuk anjing.

3. Sentiasa memastikan bekas makanan dan perkakas memberi makan dalam keadaan bersih.

4. Jangan memberi kucing anda makan makanan yang sudah rosak walaupun sedikit.

5. Jika kucing anda diberi makanan segar sepeti ikan dan ayam, sentiasa memastikan tulang sudah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada si manja anda.

6. Memberi kucing makan pada suhu bilik.

7. Membuang sisa makanan yang tidah dihabiskan oleh kucing.

8. Sentiasa memantau berat badan kucing anda dan pastikan kucing anda tidak diberi makan berlebihan ataupun overfeeding.

9. Jangan meletakkan semula makanan yang telah dipanaskan di dalam peti sejuk.

10. Bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan jika didapati kucing tidak makan selama 24 jam.

No comments:

Terima kasih sudi baca entry Zati.
Komen yang baik-baik ye!

Budi Bahasa , Budaya Kita

Powered by Blogger.