Day 5 : What Makes Me Different From Everyone Else ?

by - Thursday, April 05, 2018

DAY 5 : WHAT MAKES ME DIFFERENT FROM EVERYONE ELSE ?

Assalamualaikum

Dah hari kelima kita dalam bulan April ni ye, maka dah masuk day 5 challenge ni.Untuk hari kelima ni yang bertajuk apa yang membuat kan Zati ni berbeza daripada orang lain?Hmm takda banyak beza mana pon.

Zati ni jenis seorang yang simple je.Takde dah banyak kerenah. Kalau orang baik dengan zati , 1000 kali zati akan baik dengan dia, tapi kalau orang tu buat jahat dengan zati , 1000 kali zati akan jahat baik dekat dia ( hahaha kejam nya aku ) .

Contoh nya kalau barang , kalau zati suka sesuatu barang tu , zati akan dapat kan jugak, walau mahal sanggup kumpul duit, lantak lah orang keliling nak cakap zati membair ke apa ke, yang penting zati dapat jugak benda yang zati nak tu.


Bab kalau tolong menolong pula, Zati memang jenis tak berkira. Kadang kadang kawan minta tolong tak kisah dari segi apa, kalau zati mampu Insyaallah zati tolong.

Zati ni jenis keras kepala. Kadang kadang memang tak dengar cakap pon. Contoh nya , masa bawa arwah mak balik dari hospital, masa tu memang hujan selebat lebat nya, memutih memang tak nampak jalan. Zati naik motor, mak masa tu tunang ( sekarang suami daaa ) zati hantar kan kerumah naik kereta, yelah mak baru keluar wad kan. Mak siap pesan kat zati tunggu hujan reda baru gerak balik rumah, sebab memang tak nampak jalan. Zati ye kan je, elok nye mak dah gerak, zati pun gerak balik rumah hehe , sebab jens memang tak suka tunggu. Kalau dah nak balik, tak kira hujan lebat ke apa ke zati redah je. Sampai rumah zati kena marah dengan arwah mak dan arwah ayah dan ofcourse encik tunang sibuk jugak nak marah!

Lagi satu , zati memang tak suka pinjam atau usik barang-barang yang bukan milik zati. Sebab kita pon tahu kan marah kalau orang usik barang kita. So dalam apa juga situasi zati akan letak kan diri zati kat tempat orang tu.

Zati ni jenis tak suka keluar melepak sana sini. Zati suka duduk rumah je. Dari bujang sampai lah dah kahwin ni ha. Memang jarang keluar.

Ni je kot yang zati dapat senaraikan apa yang lain zati ni dari yang lain.

You May Also Like

3 Comments

Terima Kasih Sudi Baca Entri Zati.
Tinggalkan komen dan Jaga Bahasa Anda Ye :)