DAY 18 : 5 Things That Irritate Me About Opposite / Same Sex

DAY 18 : 5 THINGS THAT IRRITATE ME ABOUT OPPOSITE / SAME SEX

Assalamualaikum

Waahh tajuk untuk hari ke 18 ni boleh tahan ! Jangan ada sesiapa yang terasa hati okey. Dah nama pon 30 Things In 30 Days Challenge kan , so zati kena lah jujur . hehehe


1. Sejenis perempuan yang suka selfie
  • Okay , zati terangkan kat sini ye. Maksud zati , bukan zati menyampah orang berselfie , zati sendiri pon hantu selfie jugak. Tapi ada sesetengah tu bila selfie depan cermin , badan memang dah kurus cantik , tapi caption dia " dah gemuk macam tong drum! " , errkk apakah ??? Habis kalau mcam zati yang dah tentu debab ni mcam tong DBI ke ? hahahah. 

  • Lagi satu yang sejenis bila ambil gambar , "maaf lah saya tak comey".  Motif kau ?? 


2. Zati paling meluat bila ada geng geng #bawang aka mengumpat
  • Pernah dulu masa belajar , adalah satu group ni , kalau lepak library je , hah mesti dok gosip sana sini , kutuk sana sini ! Kau ingat kau perfect sangat ke nak kutuk kutuk orang ?

  • Lepastu pandang orang lain macam hina sangat kat mata diaorang ! Siapa kau nak judge orang?



3. Sejenis yang bila makan tak habis
  • Hah ni zati paling pantang! Nak nak yang awek yang baru nak keluar atau nak jumpa kenalan baru aka boyfriend , bila makan je tak habis , alasan " dah kenyang " atau "saya diet " ehh kau ni , lepas tu bila bf kau dah balik kau lepak dengan kawan kau, kau mencekik lagi ! Propa betul! 


4. Sejenis yang memilih
  • Yang ni ramai jugak dalam kalangan kawan kawan zati. Memilih dari segi makanan , tempat lepak , kenderaan . Isshh geram tau ! lain la kau memang asal orang kaya memang kau makan makanan yang berkualiti dari kecil , lepak pulak tempat yang standard , mamak tak nak , kalau kaya lepak starbucks lah camtuh! Hah kenderaan pulak , nak naik kereta je pon! Naik motor tak nak , alasan rambut kusut , yang pakai tudung pulak alasan nanti tudung kemek dan lepastu naik motor panas! Banyak songeh lah kau! api neraka lagi panas kot hehe


5. Sejenis yang suka pinjam barang orang tapi buat hak sendiri
  • Yang ni memang angin dibuat nya! Kau dah pinjam barang orang , lepastu kau buat harta kau sendiri , kau ingat orang tu beli ,guna daun ? Yang ni pon zati ada terkena juga dulu dengan kawan zati. Pinjam bag zati semata mata nak keluar dengan bf , lepastu buat tak reti je , sampai zati minta pon macam alasan bagi .


Hah , tu je zati nak kongsikan , kalau ikut kan banyak lagi haha! Maaf lah ye kalau ada yang terasa , zati cuma bagi tahu apa yang zati rasa dan zati alami.

0 Comments