DAY 13 : What Kind Of Person Attracts Me ?

by - Friday, April 13, 2018

DAY 13 : WHAT KIND OF PERSON ATTRACTS ME ?

Hari ke 13 , jenis orang yang menarik perhatian zati , hmmm jap fikir jap ! haha .
Okey , ciri-ciri orang yang menarik perhatian zati adalah : -

 Kemas
  • Tak kisah kemas dari segi pakaian ke , tempat tidur ke, rumah ke , bilik ke , meja study ke. Zati memang suka tengok orang yang kemas kemas ni,rasa nak tiru, tapi haha zati kan malas mengemas , so angan angan je lah.

 Wangi
  • Yang ni memang zati akan tertarik 100% . Nak tahu sebab apa ? Sebab zati ni suka kumpul minyak wangi, haha , so kalau ada sesiapa yang zati rasa minat dengan wangian yang dia pakai zati akan tanya. Girl only ye!

 Sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang dibuat ( Zati suka tengok kalau ada dikongsi tips )
  • Yang ni selalu zati nampak dalam Facebook lah , mana yang peniaga online tu, tengok diorang update status slip bank lah , post out barang lah , waahh nampak macam best je bila tengok orang berjaya macam tu. Mula lah membara dalam hati ni nak buat macam tu jugak! Tapi yelah belum sampai rezeki zati lagi kot. Doa dan Tawakal kepada Allah je.

 Simple
  • Suka tengok orang yang simple simple ni. Nampak macam dia seorang yang jenis tak kisah dan tak memilih. Pendapat zati lah.

 Tak sombong
  • Kalau tak sombong memang best lah kan, memang akan tarik perhatian orang ramai jugak, walaupon kau cantik ke, kaya ke, tapi kau tak sombong , memang akan jadi perhatian! Tapi kalau kau sombong, jadi perhatian jugak! Perhatian #makcikbawang haha. So jangan sombong ye, sombong sombong nak p mana??!

 Tak poyo ( eh mcm same je dgn xsombong tu )
  • Ni sama je lah dengan tak sombong tu.. Nak poyo sangat nak p mana?!

 Suka tolong orang 
  • Yang ni pon menarik perhatian jugak. Ringan tulang orang kata. Tolong orang yang memerlukan pertolongan.

 Tak menunjuk apa yang dimiliki
  • Tak menunjuk memang bagi zati bagus lah. Ada tempat kita boleh menunjuk, contoh macam kita berjaya beli apa yang kita nak dengan hasil titik peluh kita sendiri, dan kita tunjuk untuk menaikkan semangat orang lain supaya orang tu pon mampu buat apa yang kita buat. Tapi kalau menunjuk semata mata nak berlagak baik tak payah ye!
Haa tu je lah kot yang zati dapat kongsikan untuk hari ke 13 ni.




You May Also Like

2 Comments

  1. setuju dgn ciri2 yg pn zati senaraikan tu..

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca Entri Zati.
Tinggalkan komen dan Jaga Bahasa Anda Ye :)