11 Pantang Larang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu Dan jangan Mencabarnya



1) Menduga Kesetiaannya
Mesti melenting kerana merasakan dirinya telah buat sehabis baik tetapi wanita masih juga dipertikaikan kesetiaannya. 

2) Mencabar Keputusannya
Bila lelaki sudah buat keputusan, baginya itu adalah keputusan terbaik yang mampu dibuatnya. Jika wanita mencabar keputusan yang dibuat oleh lelaki tanpa asas yang kukuh dan fakta yang jelas, pasti sedikit sebanyak kelakiannya tercabar. 

3) Mencabar Keegoannya
Lelaki mempunyai egonya tersendiri. Jika wanita berniat untuk menundukkan keegoan lelaki tanpa ilmu yang cukup, pasti mengundah padah. Lelaki amat gagah dan kegagahannya kalah oleh kelembutan. Jadi gunakan kelembutan yang ada pada wanita sebaik mungkin. 

4) Mengganggu Masanya
Ada masa lelaki perlukan sedikit ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Bersama rakan-rakan di kedai mamak, menonton bola sepak atau hobinya sejak kecil atau apa jua yang dibuatnya yang memerlukan mereka fokus dan ruang berfikir maka mereka pasti tidak mahu diganggu. 

5) Menidakkan Kepimpinannya
Lelaki adalah pemimpin dan hak itu pastinya tidak mahu dicemarkan. Jadi wanita usah bertindak seperti pemimpin di rumah walaupun anda seorang puteri raja sekali pun kerana lelaki adalah pemimpin yang yang perlu dihormati. 

6) Mempersoalkan Tindakannya
Kadangkala lelaki tentunya membuat silap. Tidak semuanya mereka betul. Maka carilah ruang yang paling sesuai untuk mempersoalkan keputusannya. Elakkan bertanya atau membantah keputusannya pada saat mereka ingin tidur, mereka lapar, nafsu mereka "haus", berada di khalayak ramai, mereka sedang melakukan aktiviti yang disukainya. 

7) Memberi Arahan Kepadanya
Biarkan lelaki yang mempelawa membantu kamu dan jangan sesekali kamu mengarahnya membuat sesuatu untukmu. Sesekali mengarahnya perlu dimulakan dengan "Awak boleh tolong saya tak?". Ternyata ayat tersebut amat bermakna bagi seorang lelaki untuk cepat membantu.

8) Jangan mengharapkan mereka meminta maaf 
Usah berlawan dengan lelaki untuk siapa yang memohon maaf terlebih dahulu kerana susahnya lelaki memohon maaf kerana keegoannya. jadi mulakan hubungan yang dingin dengan ucapan maaf amatlah wajar. 

9) Maruahnya Tercalar
Baginya maruah adalah segala-galanya. Jika kamu mahu maruah kamu terjaga jadi kamu perlu menjaga maruahnya. Bagi lelaki ianya amat mudah , kamu jaga mereka, maka mereka akan jaga kamu. 

10) Mendustainya
Sekali kamu membuat onar kepadanya, kepercayaan kepada kamu akan 0%. Kemudian ianya akan meningkat kembali bergantung kepada bagaimana wanita membinanya semula. 

11) Menghinanya
Yang paling akhir adalah, hinaan adalah pantang lelaki yang membolehkan mereka bertukar menjadi "hulk". Sebesar mana pun kesalahannya, jangan kamu menghinanya kerana bila kamu menghinanya semua perkara di atas akan dilanggar oleh kamu.

0 Comments