Tepung Jagung Bukan Sekadar Untuk Masakan!

Assalamualaikum bloggers..

Tepung jagung memang sinonim dengan masakan seperti kuih-muih, biskut, cake dan dalam pelbagai masakan..
Harini zati ada jumpa petua dan kelebihan tepung jagung ni. Jom baca..

7 Sebab Tepung Jangung Boleh Cantikkan Wajah , 4 Petua Semulajadi Wanita Boleh Cuba!


Selama ini kita rasa Tepung Jagung hanya digunakan dalam masakan terutamanya untuk pekatkan kuah. Tapi ramai wanita yang tak tahu bahawa tepung jagung ini juga boleh digunakan sebagai ramuan semulajadi untuk cantikkan wajah. Kandungan nutrisi yang ada pada tepung jagung dikatakan baik untuk atasi masalah seperti kulit jerawat dan berparut, kulit berminyak dan berpori besar, kulit kering dan kusam serta mampu menjadikan wajah cerah berseri.

Antara Rahsia Kecantikan Tepung Jagung

1. Viamin A yang ada dalam tepung jagung dapat menghilangkan bintik gelap / coklat serta mencerah kan tona kulit.

2. Mineral seperti Kalsium dan Besi merangsang pertumbuhan semula set-set baru dan membantu mengekalkan fungsi kulit yang sihat.

3. Penyelidikan yang meluas dijalankan mengatakan Zink dalam tepung jagung boleh membantu mengurangkan masalah jerawat.

4. Kotoran terkumpul diatas kulit adalah sebab utama di sebalik gangguan kulit. Jadi , tepung jagung membantu mengangkat kotoran ini dan menjadikan kulit bersih dan lembut.

5. Tepung jagung menyerap dan dapat mengawal minyak berlebihan.

6. Vitamin C dengan agen antioksidannya melawan radikal bebas yang merosakkan membran sel. Seiring dengan ini , ia meningkatkan tekstur kulit dan mengurangkan kedutan. Ia melegakan sunburns kecil dan menyembukan gigitan serangga.

7. Vitamin B1 dan B2 dalam tepung jagung juga membantu menghidrat kulit dan menggalakkan kulit lebih sihat.






2 comments:

  1. seronok la jenjalan blog ni, byk betul new info

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe terima kasih.. ^^ rajin2 lah singgah.. memang suka share hehehe

      Delete