Apa tu DEEP WEB dan DARK WEB ?

Sunday, February 25, 2018
Artikel ini akan membincangkan tentang apa itu Dark Web dan apa yang membezakannya dengan Deep Web, serta bahaya apabila anda mengakses ke Dark Web menggunakan Tor. Secara ringkasnya, artikel ini akan menceritakan apa yang anda perlu tahu mengenai internet yang tersembunyi ini.

Apakah maksud Dark Web?
Dark Web merupakan terma yang merujuk secara spesifik kepada sejumlah laman-laman web yang hanya wujud pada rangkaian berenkripsi. Ianya tidak dapat diketemukan melalui enjin carian konvensional atau dilawati dengan menggunakan pelayar konvensional.


Hampir kesemua laman-laman di Dark Web ini melindungi identitinya dengan menggunakan perisian enkripsi Tor. Antara fungsi Tor adalah untuk melindungi identiti dan aktiviti pengguna, serta boleh juga digunakan untuk memalsukan lokasi. Laman web yang hanya dapat diakses melalui Tor juga mempunyai ciri yang sama bagi menambahkan lagi tahap kerahsiaannya.
Tor pada asalnya dibangunkan oleh agensi kerajaan Amerika Syarikat melalui Office of Naval Research and Defense Advanced Research Projects Agency. Ia mampu menjadikan penggunanya ‘anonymous’ melalui apa yang digelar sebagai “onion routing”. Data-data dihantar melalui rangkaian ini akan melalui pelbagai jenis router hinggakan ia menjadi sukar untuk menjejaki dari mana asalnya ‘request’ berkenaan dibuat.
Logo TOR
Untuk melayari sesebuah laman web pada Dark Web menggunakan enkripsi Tor, pengguna berkenaan perlu menggunakan pelayar Tor. Alamat IP kedua-dua belah pihak, baik pengguna dan penyedia laman telah melalui pelbagai peringkat enkripsi untuk ianya dapat dipertemukan pada rankaian Tor.
Oleh kerana kesukaran untuk mengenalpasti siapa disebalik mengendalikan sesebuah laman web, adalah sangat merbahaya andainya identiti seseorang pengguna itu telah dibocorkan.
Bagaimanapun, tidak semua laman web Dark Web menggunakan Tor. Ada sesetengahnya menggunakan perkhidmatan seperti I2P yang digunakan oleh Silk Road Reloaded. Namun, asasnya tetap sama untuk mengenkripsikan penghantaran data-data di antara kedua-dua belah pihak.
Antara laman Dark Web yang terkenal termasuklah Silk Road dan jenis-jenis yang hampir sama dengannya. Sebelum ini dan mungkin juga sekarang ini, laman berkenaan digunakan untuk tujuan jual beli dadah terlarang dan ia sememangnya aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Selain dari Silk Road, Dark Web juga digunakan oleh sebahagian pengguna yang ingin berkomunikasi secara rahsia dan di luar pengetahuan pihak kerajaan negara masing-masing.
Pada Mac 2015 yang lalu, pihak kerajaan United Kingdom telah melancarkan Unit Jenayah Siber yang khusus untuk menangani masalah jenayah yang wujud pada Dark Web. Keutamaan diberikan terhadap rangkaian jenayah berat dan juga pornografi kanak-kanak.
Apa bezanya antara Dark Web dan Deep Web?
Walaupun terma di antara kedua-duanya sering dianggap sama disebabkan kekeliruan media massa, ia bukanlah benda yang sama. Deep Web merujuk kepada kesemua laman-laman web yang tidak dapat dicari oleh enjin carian. Untuk itu, Deep Web turut merangkumi Dark Web.
Selain dari Dark Web, Deep Web merangkumi kesemua pangkalan data pengguna, halaman webmail, halaman pendaftaran pengguna forum, halaman untuk pembayaran transaksi atas talian dan laman-laman lain yang wujud pada latar sesebuah laman web dan tidak perlu untuk pengguna biasa ketahui. Namun, segala isi kandungan yang terdapat pada Deep Web jauh lebih besar dari apa yang ada pada permukaan web.


Kekeliruan yang ditimbulkan oleh sesetengah media massa yang tidak dapat membezakan di antara Dark Web dengan Deep Web, menjadikan Deep Web seolah-olah dipenuhi dengan kandungan terlarang, lebih kurang sama seperti yang terdapat pada Dark Web. Walhal, Deep Web amat diperlukan untuk tujuan seperti keselamatan transaksi atas talian antara pengguna dan bank dan juga maklumat-maklumat sulit untuk kegunaan agensi-agensi kerajaan.

Dan, ada apa pula dengan Dark Internet?

Tambah mengelirukan lagi, istilah Dark Internet juga digunakan bagi merujuk kepada rangkaian, pangkalan data, dan juga laman web yang tidak dapat dicapai melalui talian internet. Tidak dapat dipastikan mengapa istilah ini digunakan terhadap tempat-tempat di mana para saintis-saintis dan penyelidik menyimpan maklumat hasil kajian mereka yang masih belum diperkemaskan.

Akses ke Dark Web


Secara teknikalnya, prosesnya tidaklah begitu rumit. Pengguna hanya perlu memasang dan menggunakan Tor yang boleh diperolehi dari http://www.torproject.org/ dan muat turun Tor Browser Bundle yang mengandungi semua fungsi yang diperlukan. Arahan langkah-langkah pemasangan akan diberikan mengikut kesesuaian pengguna.



Antara Kandungan yang dipaparkan pada Dark Web – Fix My PC Free

PERINGATAN! Laman-laman yang dapat diakses pada Dark Web kebanyakannya menyediakan kandungan yang BERUNSUR JENAYAH. Kebanyakan darinya mengandungi kandungan-kandungan tidak bermoral seperti urusan pembelian senjata api, ubat-ubatan palsu, urus niaga dadah terlarang, pornografi dan aktiviti jenayah lain. Sebaiknya, anda perlu menghindarkan diri dari menggunakannya!
Keadaan Dark Web sekarang ini
Oleh kerana berlaku penyalahgunaan perkhidmatan seperti Tor, Dark Web telah dianggap sebagai lubuk jenayah siber yang menggunakan Bitcoin untuk berurusniaga. Akibatnya, pengguna harian biasa yang cuma inginkan privasi sewaktu melayari laman web telah menjauhkan diri dari menggunakannya.
Laporan dari Onionscan juga mendapati hanya lebih kurang 4,400 laman sahaja beroperasi dari lebih 30,000 pangkalan data halaman tor yang dikuiri.
Hal ini berpunca dari aktiviti tidak bermoral yang dijalankan padanya serta proses pembelajaran untuk menggunakannya jauh lebih kompleks berbanding menggunakan internet konvensional lain.

Boleh klik SINI untuk tengok video tentang DEEP WEB

No comments:

Terima kasih sudi baca entry Zati.
Komen yang baik-baik ye!

Budi Bahasa , Budaya Kita

Powered by Blogger.